PROGRAM KECERIAAN KELAS

 Pihak sekolah telah memperuntukan RM 1000 untuk membeli barang-barang keperluan bagi setiap kelas. Mohammad Rashid Bin Rosli , Fadhil Rushdan Bin Daman Huri dan En. Shuib bin Salleh telah dipertanggungjawabkan untuk membeli barang keperluan bagi setiap kelas. Kami telah berkunjung ke Pasaraya Carefour dan Giant,Plentong bagi mencari barang keperluan kelas. Kami telah membeli 30 batang penyapu dan 30 buah rak buku. Pada hari berikutnya, kami telah mengagihkan barang tersebut di setiap kelas.


Rashid sedang membelek penyapu yang sesuai untuk digunakan.



Operasi memasang rak buku .

PEMURNIAN TONG KITAR SEMULA DAN BILIK KITAR SEMULA

 Kami telah membesihkan tong kitar semula yang terletak di hadapan kantin. Hal ini kerana, memudahkan para pelajar meletakkan barang kitar semula dan memudahkan pemantauan oleh pihak kami . Para pelajar harus meletakkan barang-barang yang tedapat di dalam kotak kitar semula di dalam kelas. Sebab itu, kami membersihkan stor yang terdapat di kelas 2 KAA 2, stor ini menjadi pusat pengumpulan barang-barang kitar semula sebelum dijual.



Fadhil dan Putra mengosongkan tong kitar semula.


Rauf dan Fadhli mengutip botol untuk dibawa ke stor kitar semula.


Fadhli dan Rauf mengeluarkan botol-botol dari tong kitar semula.


Fadhli , Rauf dan Afiq mengemas kawasan tong kitar semula.



Syukri sedang mengelap tong kitar semula.

ANTI VANDALISME

 Rakan Alam Sekitar telah melawat kawasan sekolah dan mengambil gambar kerosakan yang telah dilakukan oleh pelajar. Kebanyakkan kerosakan melibatkan contengan di dinding dan meja . Pemeriksaan dilakukan disekitar Blok A, Blok B, Blok C,Blok D dan Blok F.



Vandalisme di blok C

 

Vandalisme di Blok A

 

Vandalisme di Blok F

 

Vandalisme di Blok B


Vandalisme di antara Blok B & Blok C



Vandalisme di Tangki Air

1 PELAJAR 1 POKOK 1 BOTOL AIR

 Memandangkan SMK Permas Jaya mempunyai pokok yang terlalu banyak , maka 1 mekanisme yang kreatif harus di fikirkan. Kami bagi pihak alam sekitar telah melaksanakan suatu program 1 Pelajar 1 Pokok 1 Botol Air.

 Melalui program ini , setiap pelajar harus megisi air ke dalam botol untuk menyiram pokok itu.Sebagai perintis , hanya RAKAN ALAM SEKITAR diberikan tanggungjawab ini.Kawasan yang terlibat ialah sekitar kantin , surau , dan dataran ilmu.




Pokok di sekitar kantin.



Pokok di sekitar Dataran Ilmu.




Rauf sedang melukis gambar pokok untuk ditampalkan di botol air yang telah disediakan.


Botol yang akan digunakan untuk menyiram pokok.



Alif sedang membersihkan pokoknya.

MAKLUMAT PELESTARIAN ALAM

 KELAS telah memperhiasi dan melengkapkan carta atau maklumat di papan maklumat yang telah disediakan oleh pihak sekolah khas untuk kelab alam sekitar di kantin.Motif utama dijadikan papan maklumat di kantin adalah untuk menarik perhatian para pelajar kerana kantin merupakan salah satu tempat yang sering dilawati pelajar.


 Papan telah dibahagikan kepada beberapa bahagian.topik utama iaitu rencana, info, panorama, bencana dan sebagainya.Yang paling penting adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar apa itu "LESTARI ALAM"..?


 Semoga sekolah dapat melahirkan pelajar yang sayang akan alam sekitar sehingga ke peringkat antarabangsa.Dengan cara ini,kita dapat menyelamatkan bumi kita daripada hancur disebabkan kecuaian kita sendiri.





Abu Haniffa dan Syafiq bertungkus lumus untuk menyiapkan papan maklumat




Sebahagian daripadanya telah siap ! Good Work !



Hasil daripada kerjasama mereka. 

MINGGU KITAR SEMULA

  Minggu kitar semula diadakan bagi memberi peluang kepada peluang kepada para pelajar mempelajari dan megamalkan budaya mencintai alam sekitar. Walaupun para pelajar telah terdedah kepada kitar semula tetapi mereka amat lah sukar untuk mengamalkannya. Dengan adanya program ini , amat di harapkan semua pelajar sedar kitar semula di lakukan untuk mencari duit tetapi ia di lakukan demi alam sekitar . 

 Untuk memudahkan pengumpulan , terdapat 4 stesen atau stor disediakan .

kelas 6 ASA 1 dijadikan tempat pengumpulan plastik dan tin aluminium.
kelas 5 SV 1 dijadikan tempat pengumpulan kertas. 
kelas 1 KA 1 dijadikan stor kertas.
kelas 2 KA 2 dijadikan stor botol plastik dan tin aluminium .

 Keseluruhannya , untuk pertama kali pihak sekolah berjaya mengumpul 673 kg kertas, 5 kg botol plastik , 0.4 kg tin aluminium. 

 Wang daripada penjualan barang kitar semula berjumlah RM 250.

  • RM 50 untuk kelas yang paling banyak memberi sumbangan barang alam sekitar.
  • RM 100 untuk sumbangan buku rujukan 5 pelajar sekolah yg kurang berkemampuan
  • RM 100 untuk Tabung Kelab Alam Sekitar (KELAS)





Kelas 2KA2 dijadikan stor penyimpanan barangbotol plastik.

 

PEMBENTUKAN JARINGAN BERSAMA

1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Permas Jaya
2. Jusco Permas Jaya
3. SWM Sdn. Bhd.
4. Jawantankuasa Masjid Ansar
5. Jawantankuasa Masjid Plentong
6. PDK Permas Jaya
7. SK Taman Permas Jaya 1
8. Sk Taman Permas Jaya 2
9. Sk Agama Permas Jaya 
10. Rukun Tetangga Permas Jaya


PIHAK-PIHAK LAIN YANG TERLIBAT



1. Pengusaha Tempat Kitar Semula
2. Giant Plentong
3. Tesco Extra Plentong
4. Persatuan UMNO,MCA,MIC Permas Jaya
5. Pengusaha tanaman sayur-sayuran sekitar Permas