MAKLUMAT PELESTARIAN ALAM

 KELAS telah memperhiasi dan melengkapkan carta atau maklumat di papan maklumat yang telah disediakan oleh pihak sekolah khas untuk kelab alam sekitar di kantin.Motif utama dijadikan papan maklumat di kantin adalah untuk menarik perhatian para pelajar kerana kantin merupakan salah satu tempat yang sering dilawati pelajar.


 Papan telah dibahagikan kepada beberapa bahagian.topik utama iaitu rencana, info, panorama, bencana dan sebagainya.Yang paling penting adalah untuk memperkenalkan kepada para pelajar apa itu "LESTARI ALAM"..?


 Semoga sekolah dapat melahirkan pelajar yang sayang akan alam sekitar sehingga ke peringkat antarabangsa.Dengan cara ini,kita dapat menyelamatkan bumi kita daripada hancur disebabkan kecuaian kita sendiri.





Abu Haniffa dan Syafiq bertungkus lumus untuk menyiapkan papan maklumat




Sebahagian daripadanya telah siap ! Good Work !



Hasil daripada kerjasama mereka. 

MINGGU KITAR SEMULA

  Minggu kitar semula diadakan bagi memberi peluang kepada peluang kepada para pelajar mempelajari dan megamalkan budaya mencintai alam sekitar. Walaupun para pelajar telah terdedah kepada kitar semula tetapi mereka amat lah sukar untuk mengamalkannya. Dengan adanya program ini , amat di harapkan semua pelajar sedar kitar semula di lakukan untuk mencari duit tetapi ia di lakukan demi alam sekitar . 

 Untuk memudahkan pengumpulan , terdapat 4 stesen atau stor disediakan .

kelas 6 ASA 1 dijadikan tempat pengumpulan plastik dan tin aluminium.
kelas 5 SV 1 dijadikan tempat pengumpulan kertas. 
kelas 1 KA 1 dijadikan stor kertas.
kelas 2 KA 2 dijadikan stor botol plastik dan tin aluminium .

 Keseluruhannya , untuk pertama kali pihak sekolah berjaya mengumpul 673 kg kertas, 5 kg botol plastik , 0.4 kg tin aluminium. 

 Wang daripada penjualan barang kitar semula berjumlah RM 250.

  • RM 50 untuk kelas yang paling banyak memberi sumbangan barang alam sekitar.
  • RM 100 untuk sumbangan buku rujukan 5 pelajar sekolah yg kurang berkemampuan
  • RM 100 untuk Tabung Kelab Alam Sekitar (KELAS)





Kelas 2KA2 dijadikan stor penyimpanan barangbotol plastik.

 

PEMBENTUKAN JARINGAN BERSAMA

1. Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMK Permas Jaya
2. Jusco Permas Jaya
3. SWM Sdn. Bhd.
4. Jawantankuasa Masjid Ansar
5. Jawantankuasa Masjid Plentong
6. PDK Permas Jaya
7. SK Taman Permas Jaya 1
8. Sk Taman Permas Jaya 2
9. Sk Agama Permas Jaya 
10. Rukun Tetangga Permas Jaya


PIHAK-PIHAK LAIN YANG TERLIBAT



1. Pengusaha Tempat Kitar Semula
2. Giant Plentong
3. Tesco Extra Plentong
4. Persatuan UMNO,MCA,MIC Permas Jaya
5. Pengusaha tanaman sayur-sayuran sekitar Permas

CARTA ORGANISASI JAWANTANKUASA PERINGKAT SEKOLAH



KOMPONEN PENGURUSAN

VISI

Hasrat menjadikan SMK Permas Jaya sebagai Sekolah Lestari di Daerah Pasir Gudang pada 2012.

MISI

Membudayakan pendidikan alam sekitar melalui proses pendidikan tentang alam sekitar , melalui alam sekitar , dan untuk alam sekitar dalam kurikulum , kokurikulum dan pentadbiran sekolah


OBJEKTIF

  • Memupuk nilai murni mesra alam sekitar semua warga sekolah dengan menggunakan pendekatan empat komponen utama iaitu pengurusan , penghijauan , kokurikulum ,dan kurikulum
  • Meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar .
  • Menggalakan integrasi warga sekolah untuk melaksanakan aktiviti mesra alam sekitar dengan berkesan 
  • Meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat untuk menjayakan pendidikan alam sekitar 
  • menggalakkan penjimatan guna sumber dan pengunaan 3R
  • Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan ceria bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari. 

PENGENALAN

SMK Permas Jaya merupakan sebuah sekolah yang sentiasa mendukung aspirasi kecemerlangan untuk bidang akademik atau sahsiah seorang pelajar . Setiap pelajar sentiasa diingatkan untuk mengejar dan sentiasa prihatin atas segala keadaan sekeliling.

  Dalam aspek alam sekitar , keadaan sekolah yabg bersih dan hijau memberi pelajar suasana pembelajaran yang kondunsif. Terdapat pelbagai taman dan tempat yang menerapkan kepada keindahan alam dan mesra alam . Pelajar digalakkan berinteraksi dengan alam dan prihatin atas segala perkara yang berlaku. Walaupunsemua pelajar tidak terlibat secara langsung tetapi pelajar tidak merosakkan segala perancangan yang telah dilakukan . Pelajar sedar tanggungjawab dan kasih mereka terhadap sekolah.

  Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang secara langsung atau tidak bagi menyemai kesedaran tenteng alam sekitar. Setiap aktiviti yang dianjurkan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pelajar.Anatara aktiviti yang dianjurkan ialah gotong-royong,kerja amal , bumi hijau , kitar semula , pertandingan melukis poster, pengucapan awam, dan perkhemahan . Segala ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan pelajar malah dapat menyemai semangat cintakan alam. 

  Menjadi impian pihak sekolah untuk mastiakan kerjasama dengan pihak luar dan memastikan seluruh masyarakat Permas dapat bersama-sama berkongsi aspirasi ini dengan pihak sekolah . Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak luar dalam menjaga alam.

  Pihak sekolah amat berharap langkah ini menjadi batu loncatan untuk memastikan kami berkongsi aspirasi alam ini bersama seluruh masyarakat dan semua orang terutama anak-anak didik kami mencintai alam dan sedar alam adalah nyawa mereka.