PENGENALAN

SMK Permas Jaya merupakan sebuah sekolah yang sentiasa mendukung aspirasi kecemerlangan untuk bidang akademik atau sahsiah seorang pelajar . Setiap pelajar sentiasa diingatkan untuk mengejar dan sentiasa prihatin atas segala keadaan sekeliling.

  Dalam aspek alam sekitar , keadaan sekolah yabg bersih dan hijau memberi pelajar suasana pembelajaran yang kondunsif. Terdapat pelbagai taman dan tempat yang menerapkan kepada keindahan alam dan mesra alam . Pelajar digalakkan berinteraksi dengan alam dan prihatin atas segala perkara yang berlaku. Walaupunsemua pelajar tidak terlibat secara langsung tetapi pelajar tidak merosakkan segala perancangan yang telah dilakukan . Pelajar sedar tanggungjawab dan kasih mereka terhadap sekolah.

  Terdapat pelbagai aktiviti yang dirancang secara langsung atau tidak bagi menyemai kesedaran tenteng alam sekitar. Setiap aktiviti yang dianjurkan mendapat kerjasama yang baik daripada semua pelajar.Anatara aktiviti yang dianjurkan ialah gotong-royong,kerja amal , bumi hijau , kitar semula , pertandingan melukis poster, pengucapan awam, dan perkhemahan . Segala ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan pelajar malah dapat menyemai semangat cintakan alam. 

  Menjadi impian pihak sekolah untuk mastiakan kerjasama dengan pihak luar dan memastikan seluruh masyarakat Permas dapat bersama-sama berkongsi aspirasi ini dengan pihak sekolah . Pihak sekolah sentiasa mengalu-alukan penglibatan pihak luar dalam menjaga alam.

  Pihak sekolah amat berharap langkah ini menjadi batu loncatan untuk memastikan kami berkongsi aspirasi alam ini bersama seluruh masyarakat dan semua orang terutama anak-anak didik kami mencintai alam dan sedar alam adalah nyawa mereka.




0 comments:

Post a Comment