- Bawa beg sendiri apabila membeli belah . Beg plastik tidak mesra alam dan tidak boleh terbiodegrasi.
- Kongsi maklumat dan panduan yang dipelajari tentang penggunaan lestari dengan keluarga dan rakan-rakan.
- Menunggang basikal atau berjalan kaki apabilapergi ke sesuatu tempat atau kedai yang berdekatan. Ini merupakan amalan 100% mesra alam dan menyihatkan tubuh badan.
- Tutup televisyen , stereo dan komputer apabila tidak digunakan kerana peralatan ini menggunakan di antara 10% hingga 60% sumber tenaga. Ini boleh menyumbang kepada pemanasan global.
- Membawa bekalan ke tempat kerja atau sekolah . Makanan ini lebih menyihatkan dan menjimatkan.
- Kumpulkan kertas yang digunakan di rumah dan bawa ke pusat kitar semula. Mengitar semula produk berasaskan kayu dapat menyelamatkan berjuta-juta pokok setahun.
- Hentikan penggunaan racun makhluk perosak. Tanam tumbuh-tumbuhan tertentu di kebun anda, seperti pudina dan selasih yang boleh menghalau serangga
- Gunakan lampu jenis kalimantang . Lampu jenis ini menggunakan 1/4 tenaga elektrik dan empat kali lebih tahan lama berbanding mentol lampu biasa.
- Kurangkan pembuangan sampah. Jangan gunakan produk pakai buang seperti pinggan kertas, cawan plastik atau kertas tisu.
- Menjimatkan penggunaan air turut menjimatkan tenaga elektrik kerana proses membekalkan air dan menyaring sisa kumbahan menggunakan tenaga elektrik yang banyak.
gunakan beg sendiri ketika membeli-belah
say NO to PLASTIC BAGS !
Gunakan basikal untuk pergi ke sesuatu tempat
Berjalan kaki untuk menyihatkan tubuh badan.
Kongsi maklumat bersama rakan-rakan.
Tutup telvisyen apabila tidak digunakan.
Kitar Semula kertas dapat menyelamatkan pokok .
Gunakan lampu kalimantang untuk menjimatkan elektrik.
Kurangkan pembuangan sampah.
Jangan membazirkan penggunaan air.
0 comments:
Post a Comment